YA MESTI INDAHKAN DAPAT MELIHAT DAN MEMBACA AL-QURAN, TAPI SAYANG,, KAMI TAK DAPAT MELIHATN
PAHALA MENGALIR BERTERUSAN BIARPUN SUDAH MENINGGAL DUNIA
Bantu kami cetak 200 NASKHAH QURAN BRAILLE untuk
OKU Penglihatan
Yayasan Maghfirah dengan Kerjasama Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS) kini dalam usaha mengumpul dana bagi mencetak 2400 naskhah Quran Braille dan juga kitab-kitab braille khusus untuk golongan OKU Penglihatan Islam di seluruh Malaysia
Untuk makluman tuan/puan, (PERTIS) sebenarnya telah ditubuhkan dan diasaskan sejak 1996 lagi. Ini adalah satu-satunya persatuan OKU yang diiktiraf oleh JAKIM untuk menghasilkan Quran Braille di Malaysia
Malahan juga, Quran Braille ini mempunyai jangka hayat selama lima tahun dan disebabkan ini perlu dicetak berulang kali agar butiran kod-kod braille tidak kekal hilang setelah disentuh dan boleh diguna pakai semula oleh mereka pada masa akan datang.
Bayangkan setiap satu huruf Quran Braille yang mereka baca ada 10 kali ganda pahala buat tuan/puan

Ramai OKU Penglihatan mengalami masalah ketika sudah berusia. Walaubagaimanapun, ini tidak menjadikan semangat mereka pudar malah terus berusaha untuk mendalami dan mempelajari al-Quran dengan tabah dan sabar.
![]()

Syukur kepada Allah atas usaha keras, berkat kesabaran dan kegigihan beliau untuk membaca, mempelajari al-quran,dan menguasai al-Quran ini, akhirnya membuahkan hasil yang cemerlang.
Ayuh Tuan Puan, kita terus memberikan sokongan dan perhatian buat mereka. Alangkah indahnya jika kita sama-sama menginfaqkan sedikit harta untuk membantu ribuan saudara kita yang cacat penglihatan untuk mempelajari al-quran. Hal ini merupakan salah satu amalan jariah yang berpanjangan dan mendapat ganjaran yang besar disisiNya kerana pahalanya tidak akan terputus meskipun orang yang menderma itu sudah meninggal dunia. InsyaAllah.
Justeru, Yayasan Maghfirah melancarkan kempen Infaq Quran Braille
![]()
Tuan puan boleh memilih sumbangan berdasarkan pakej dibawah mengikut kemampuan tuan puan. Ayuh, rebut peluang keemasan ini untuk meraih saham Akhirat buat kita kelak nanti.
Al-Quran Braille & kelas Pengajian Braille: RM 500
Senaskhah al-Quran Braille
RM400
Kelas Pengajian Braille
RM 100
Infaq Iqra Braille
RM 90
Infaq Muqaddam & Tajwid Braille: RM 45
![]()

