BURU SAHAM AKHIRAT
Kematian itu pasti bakal menjemput kita, hanya waktunya sahaja yang tidak diketahui. Andai esok kematian menjemput, sudah cukupkah bekalan yang akan dibawa ke akhirat nanti?
Sudah pasti kita tidak akan biarkan bekalan kita kosong, bukan?
PELABURAN SAHAM AKHIRAT
Pelaburan sememangnya mendatangkan keuntungan yang sangat besar. Tapi tuan/puan, sangat rugi pelaburan yang cuma mendatangkan keuntungan di dunia, tetapi tidak di akhirat. Persoalannya, apa usaha yang boleh dilakukan untuk menggandakan pelaburan akhirat kita?
Terdapat 3 pelaburan yang boleh tuan/puan salurkan sebagai bekal di akhirat kelak. Yang pertama, membantu Membina Masjid. Yang kedua, Infaq Al-Quran. Dan yang ketiga, sedekahkan harta. SEDEKAH HARTA inilah yang paling mudah untuk dilakukan. Sikit atau banyak nilai yang kita sumbangkan, yakinlah bahawa ianya akan menjadi pelaburan yang cukup besar di akhirat kelak. In shaa Allah.
JOM BANTU PENUHKAN TABUNG PEMBINAAN PUSAT DAKWAH
Jadi tuan/puan, Yayasan Maghfirah ingin mengajak tuan/puan untuk melabur saham akhirat dengan menyumbang bagi pembangunan Pusat Dakwah di Mesir. In shaa Allah, sikit atau banyak sumbangan tuan/puan, pasti besar pahalanya di sisi Allah SWT.
Ayuh penuhkan bekalan akhirat kita, jangan biarkan ianya kosong. Moga-moga kita tidak muflis di akhirat kelak.
“Barang siapa menghendaki keuntungan di akhirat akan Kami tambahkan keuntungan itu baginya, dan barang siapa menghendaki keuntungan di dunia, Kami berikan kepadanya sebagian darinya (keuntungan dunia), tetapi dia tidak akan mendapat bahagian di akhirat.”
(QS. Asy-Syura: 20).
Firman Allah S.W.T
"...Apapun harta yang kalian infaqkan maka Allah pasti akan menggantikannya, dan Dia adalah sebaik-baik pemberi rezeki“
(Surah Al-Saba': 39)
Untuk transaksi bantuan secara manual / transfer / CDM boleh bank in ke akaun di bawah.
Bank : MAYBANK
Nama : Yayasan Maghfirah
No akaun : 562263552802
Sila letakkan reference “ Mesir02 ”