!! TABUNG KECEMASAN BANJIR SECARA ONLINE !!
(Peluang Bantu Mangsa Banjir Rakyat Malaysia)

![]()
Hati siapakah yang tak sayu melihat banyak keluarga terpaksa berpindah ke pusat pemindahan banjir akibat rumah mereka dinaiki air deras, ada yang kehilangan harta benda & peralatan rumah. Lebih memilukan, mangsa banjir di 7 negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Melaka, Kelantan, Terengganu & Kuala Lumpur terus meningkat akibat hujan yang berterusan.
Beratnya beban yang terpikul di bahu mereka! Diuji dengan wabak, dalam waktu yang sama diuji dengan bencana alam
"Budi kebajikan (tolong-menolong) itu akan memelihara seseorang daripada ditimpa malang dan bahaya yang mendatang, bersedekah (membantu meringankan beban saudaranya) dalam keadaan sulit atau tersembunyi daripada pengetahuan umum akan menghapuskan kemurkaan Tuhan dan menjalinkan atau mengeratkan tali silaturahim (dengan sifat tolong-menolong) akan melanjutkan usia seseorang."
(Hadis Riwayat Thabrani)
Bantuan yang akan disampaikan berbentuk:
✅ Barangan keperluan
(Maghfirah Meal, tilam & peralatan elektrik)
✅ Pembersihan rumah
✅ Baik pulih rumah
Prihatin terhadap nasib mereka, Skuad Yayasan Maghfirah, Skuad Kita Bantu, Relawan Muda serta Yayasan Ikhlas bersama turun padang menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir ini. jadi, inilah kesempatan berharga untuk meringankan beban mereka.
Kami sangat mengalu-alukan bantuan dan sumbangan tuan puan. Percayalah bantuan anda semua bukan sekadar memberi manfaat jangka masa pendek, bahkan turut menjadi saham pahala jangka panjang.
Semoga keprihatinan, sifat pemurah serta sumbangan ikhlas tuan puan dibalas oleh Allah dengan sebesar-besar ganjaran, dimurahkan rezeki dan diberikan umur yang panjang berkat sedekah jariah ini.
"KESUSAHAN MEREKA, KITA RINGKANKAN BERSAMA"
BAGAIMANA UNTUK MEMBANTU SAUDARA KITA?

Tuan puan boleh salurkan sumbangan ke akaun Yayasan Maghfirah:
Untuk transaksi bantuan secara manual / transfer / CDM boleh bank in ke akaun di bawah.
8603 221 427
#Penama : Yayasan Maghfirah
#Reference : BENCANA01
*Jika anda dari Singapura, Brunei atau Indonesia boleh pilih kaedah pembayaran Billpliz » kaedah card » masukkan butiran kad anda
Namun jika anda dari Malaysia boleh terus pilih kaedah billpliz » online banking