( Klik button >Donate Now< untuk skip dan terus ke pembayaran )

SEDEKAH AIR BERSIH UNTUK SAUDARA DI AFRIKA


Di Uganda, akses kepada air bersih dan selamat masih menjadi cabaran besar, terutama di kawasan luar bandar. Menurut data rasmi daripada Ministry of Water and Environmentsekurang-kurangnya 14 juta orang (±30 % daripada populasi) masih tidak mempunyai akses kepada air bersih yang selamat. Ini menunjukkan bahawa jutaan rakyat Uganda terus bergantung kepada sumber air yang tidak terjamin kualitinya, sekaligus meningkatkan risiko penyakit bawaan air seperti kolera, disentri dan cirit-birit.

Statistik kerajaan mendedahkan bahawa lebih 14 000 kampung masih tiada akses kepada sumber air bersih, dan banyak sumber air yang ada sering rosak atau tidak berfungsi kerana kurangnya penyelenggaraan dan pembaikan.

ini adalah gambar anak-anak asnaf di Uganda terpaksa beratur untuk mendapatkan air bersih, kasihan bukan?


Mengapa infak perigi di Uganda sangat penting?

Pertama, jutaan penduduk Uganda masih tidak mempunyai akses kepada air bersih.
Ramai terpaksa menggunakan air sungai, lopak atau parit yang tercemar, sekali gus mendedahkan anak-anak kepada penyakit berbahaya seperti cirit-birit dan kolera.

Kedua, beban mencari air dipikul oleh wanita dan kanak-kanak.
Mereka perlu berjalan jauh setiap hari hanya untuk mendapatkan air, menyebabkan anak-anak ketinggalan pelajaran dan tenaga mereka habis untuk kelangsungan hidup, bukan untuk masa depan.

Ketiga, infak perigi adalah amal jariah yang berpanjangan.
Setiap titisan air yang diminum, setiap wuduk yang diambil, dan setiap ibadah yang dilakukan hasil daripada perigi tersebut, insya-Allah mengalir sebagai pahala berterusan buat para penyumbang.

Mari Tuan Puan yang Budiman,
hadirkan sumber kehidupan kepada saudara seIslam kita di Uganda.
Satu perigi yang kita infakkan hari ini, menjadi harapan untuk generasi mereka esok hari.


Ayuh bersama kita bantu ringankan beban saudara kita di Uganda, Afrika


“Siapa yang membebaskan seseorang dari kesusahan dunia maka Allah akan melepaskannya dari kesusahan hari kiamat. Siapa yang memudahkan orang yang dalam kesusahan maka Allah akan memudahkannya di dunia dan akhirat. Siapa yang menutup aib saudaranya yang Islam maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat. Allah akan membantu hamba selagimana hamba membantu saudaranya.”

(Riwayat Muslim)



 BAGAIMANA UNTUK INFAK PERIGI KEPADA SAUDARA KITA DI AFRIKA?

Tuan puan boleh salurkan sumbangan ke akaun Yayasan Maghfirah:



98-670-006-000028

#Penama : Yayasan Maghfirah

#Reference : PerigiSalam60


Lampirkan resit sumbangan ke:

HANTAR RESIT DI SINI




Jika tuan/puan dari luar negara seperti Singapura atau Brunei Tuan/Puan boleh menyumbang

dengan memilih kaedah transaksi kad debit atau kredit melalui  Stripe 



Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
INFAK PERIGI DENGAN 2 PENAMA ( RM1,500 )
INFAK PERIGI DENGAN 1 PENAMA ( RM800 )
SEDEKAH AIR BERSIH ( RM100 )
SEDEKAH AIR BERSIH ( RM50 )
SEDEKAH AIR BERSIH ( RM30 )
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN

PERTANYAAN LANJUT