SEGERAKAN AMALAN BAIK DI PERMULAAN HARI!
AYUH INFAQ SUBUH!
Dari Abu Hurairah, Nabi Muhammad SAW bersabda,
“Ya Allah, gantikan yang lebih baik bagi orang-orang yang infaq di subuh hari”.
Tahukah tuan puan, sebenarnya ada pelbagai cara untuk berinfaq?
Bukan setakat dengan tanah, bangunan dan aset kekal! Malah, Islam juga mengharuskan infaq tunai. Dengan infaq tunai, wang akan dikumpul sebagai dana akan ditukarkan dalam bentuk harta kekal. Tidak semua berpeluang untuk menginfaqkan.
Namun, jika kita berpeluang dan diberikan masa untuk berinfaq, maka manfaatkanlah. Ini adalah salah satu cara berbakti kepada masyarakat! Oleh itu, Yayasan Maghfirah menyeru agar kita semua menyumbang pada mereka yang memerlukan.
Siapakah Yayasan Maghfirah akan bantu?
Antara golongan yang kami akan bantu:
✅Golongan asnaf
✅Golongan OKU
✅Anak-anak yatim
✅Ibu ibu tunggal
✅Peniaga kecil
✅Pelajar pelajar tahfiz
✅Pusat dakwah Remaja
✅Pembangunan pusat dakwah dan kebajikan pelajar Malaysia di Mesir
Tuan puan cuba pandang sekeliling kita, sebenarnya masih ramai yang memerlukan pertolongan. Sayangnya jika kita tidak mengambil peluang ini untuk berbakti kepada mereka. Jom sama sama kita Infaq Subuh serendah (RM 15) bagi meringankan beban mereka. Jangan lupa, setiap kali ingin infaq, niatkan dalam hati supaya Allah makbulkan doa kita:
Sesungguhnya
Tuhanku melapangkan rezeki dan membatasinya bagi siapa yang Dia kehendaki di
antara hamba-hamba-Nya. Dan apa-apa sahaja yang kamu infakkan, Allah SWT akan
menggantikannya dan Dialah pemberi rezeki yang terbaik. (Surah al-Saba’:39)
BAGAIMANA UNTUK MENGINFAQ DAN MENYUMBANG?
Untuk transaksi secara manual / transfer / CDM boleh bank in ke akaun di bawah.
Bank : MAYBANK
Penama : Yayasan Maghfirah
No akaun : 562263552802
Sila letakkan rujukan “Subuh02”
Semoga tuan puan (dermawan yang disayangi Allah) sentiasa dilimpahkan rezeki yang berlipat kali ganda.