Kita Sambut Ramadan Dengan Gembira, Mereka Sambut Ramadan Dengan Kelaparan
Pelarian-pelarian Syria hidup dalam keadaan serba daif
selepas terperangkap dalam krisis.
Anak-anak yatim, keluarga pelarian, ibu tunggal, asnaf,
menyambut Ramadan dan Syawal dengan apa adanya.
tiada kegembiraan..........
tiada kemeriahan.........
sedangkan kita meraikan dengan penuh kegembiraan
Baru-baru ini, negara yang mereka menumpang juga mengalami krisis. Cuba bayangkan apa nasib pelarian-pelarian Syria apabila kos sara hidup di Lubnan meningkat dan bekalan gandum, roti juga tidak mencukupi. Rentetan peper4angan yang sedang berlaku, harga bahan mentah terutamanya minyak masak jugak naik mendadak.
Lebih 6.5 juta rakyat Syria menjadi pelarian sejak 2011-2022. Mereka tiada peluang untuk mengubah nasib mereka. Hanya berteduh di dalam khemah kanvas. Makanan juga mereka perlu bergantung kepada bantuan luar kerana kos sara hidup yang semakin tinggi.
Setiap hari mereka berdoa kalau-kalau ada bantuan yang
datang kepada mereka, bantuan dari saudara-saudara Muslim lain. Kami mengajak anda semua untuk sama-sama menggembirakan saudara-saudara kita yang menjadi pelarian di Lubnan terutamanya.
Bulan Ramadan, bulan
untuk berkongsi rezeki. Merasai manisnya memberi.




Yayasan Maghfirah penjadi penghubung anda yang dermawan di luar sana dengan mereka-mereka yang memerlukan bantuan. Kempen Ramadan Timur Tengah menyalurkan bantuan kepada anak-anak yatim, pelarian, pelajar-pelajar asnaf dan golongan kurang berkemampuan bagi merasai nikmat Ramadan dan Syawal.
Bantuan akan disalurkan kepada :
-
Anak-anak Yatim Syria kerana peperangan
-
Ibu Tunggal dan Keluarga pelarian Syria di
Lubnan
-
Pelajar-pelajar Malaysia dan asnaf di Mesir
- Jemaah umrah yang susah dari India dan Pakistan di Mekah.
Ramadan ini peluang kebajikan untuk kita ceriakan mereka. Rasulullah sangat menganjurkan kita memberi makan orang-orang yang berpuasa. Rasulullah sayang pada umatnya yang prihatin pada saudara seislam. Imam Jalaluddin al-Suyuti menyebutkan terdapat satu hadis Nabi SAW mengenai orang yang akan mendapatkan perlindungan di bawah Arasy Allah SWT. Dia adalah orang yang memberi makanan kepada orang yang lapar.
Bank : CIMB Bank
Nama : Yayasan Maghfirah
No akaun : 8603221427
Sila letakkan reference “ Iftar01”
Tuan/puan boleh melampirkan resit ke: