"AYUH, KITA BERKONGSI REZEKI BERSAMA ASNAF DAN FAKIR MISKIN YANG DIUJI DENGAN KESEMPITAN HIDUP."



2.78 Juta isi rumah di bawah kategori fakir miskin di Malaysia
(Survei Pendapatan isi Rumah 2016)





 “Amalan yang paling dicintai oleh Allah Ta’ala adalah amalan yang berterusan walaupun jumlahnya sedikit.” (HR. Bukhari, no. 6465)

Tahukah tuan puan, pada saat kita dapat hidup dengan selesa dan mempunyai makanan dan minuman yang cukup, ada keluarga yang terpaksa mencatu makanan, ikat perut dan diuji dengan kemiskinan hidup.

Ada yang di dapur mereka hanya mempunyai sangat sedikit bekalan beras untuk bertahan selama sebulan.

Bagaimana nasib mereka serta anak anak mereka? 




Banyak keluarga yang terdiri dari golongan fakir miskin, ibu tunggal serta OKU yang terjejas teruk pendapatan mereka akibat kesan daripada kos sara hidup yang tinggi serta tahap ekonomi yang semakin merosot pasca Covid-19. 

Kebanyakan dari mereka sangat memerlukan bantuan keperluan asas harian seperti beras, telur, gula, garam dan juga susu formula serta lampin bayi.



Susu dan lampin merupakan antara barangan yang mahal terutamanya kepada keluarga yang mempunyai anak yang ramai. Kami turut menerima permohonan dari ibu tunggal yang menanggung sendiri keperluan anak-anaknya.

Ada dalam kalangan pemohon mempunyai anak yang sakit sehingga mereka terpaksa membeli susu spesifik yang mahal harganya.

Alangkah indahnya jika kita dapat membantu mereka yang kesusahan.




KEPERLUAN YANG AKAN DISUMBANGKAN :

Tabung Makanan Asnaf merupakan salah satu usaha Yayasan Maghfirah untuk menggalakkan kita bersama sama berkongsi rezeki dan membantu saudara saudara kita yang memerlukan bantuan kita.

Bantuan yang diberikan kepada keluarga Fakir Miskin, Ibu Tunggal, OKU serta golongan Anak Yatim & Warga Emas adalah dalam bentuk bantuan barangan asas seperti;

  • Beras 
  • Telur
  • Tepung
  • Gula dan Garam
  • Kicap
  • Biskut
  • Sardin
  • Minyak masak
  • Susu tepung dan lampin



Krisis kesihatan yang melanda seluruh dunia menjejaskan pendapatan banyak pihak sehingga menyebabkan permintaan untuk bantuan barangan asas semakin meningkat saban hari.

Kami telah menyasarkan menyasarkan untuk mengagihkan sebanyak 600-1000 pek pakej barangan asas, susu dan lampin setiap bulan. Setiap pek bantuan ini akan diagihkan kepada setiap keluarga yang memerlukan.



Buat pengetahuan tuan puan semua, anggaran kos bagi membantu satu keluarga untuk pakej barangan asas adalah sebanyak RM 100/Kotak.



Manakala untuk pakej susu dan lampin bayi adalah sebanyak RM150/Kotak. Kos yang diperlukan setiap bulan adalah RM 100,000 bagi menyalurkan bantuan dan meringankan beban yang dipikul oleh saudara kita. 






Dalam Hadis Nabi SAW, Daripada Abdullah ibnu Amru RA, bahawasanya seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah SAW: “Apakah amalan terbaik dalam Islam?” Baginda bersabda: “Memberi makan dan memberi salam kepada orang yang engkau kenal serta orang yang engkau tidak kenali.” (HR Bukhari dan Muslim)


Percayalah bantuan tuan puan semua bukan sekadar memberi manfaat jangka masa pendek, bahkan turut memberi peluang dan semangat kepada mereka untuk mengubah kehidupan mereka serta anak anak mereka menjadi lebih baik.



Semoga keprihatinan, sifat pemurah serta sumbangan ikhlas tuan/puan dibalas oleh Allah dengan sebesar-besar ganjaran, dimurahkan rezeki dan diberikan umur yang panjang berkat sedekah jariah ini



#Maybank : 5622 6355 2802

#CIMB : 860 322 1427

#Penama : Yayasan Maghfirah

#Reference: Asnaf



Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
Tabung Asnaf - RM3,00
Tabung Asnaf - RM 500
Tabung Asnaf - RM150
Tabung Asnaf - RM 60
Tabung Asnaf - RM 30
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PELANGGAN

BUTIRAN PEMBAYARAN


PENGESAHAN


Maklumat Peniaga

Yayasan Maghfirah
[email protected]
+601164001649
BANTUAN ?