Sumbangan Kos Implan Koklea untuk Adik Nailah dan Kanak-kanak yang Senasib Dengannya.
Yayasan Maghfirah memperkenalkan Tabung Implan Koklea melalui Tabung Bantuan Perubatan 'Iqbal Khalid Initiative'. Tabung ini telah berjaya mendanai adik Nailah yang mengalami masalah pendengaran yang kronik.
Tabung ini akan diteruskan lagi untuk membantu kanak-kanak yang mengalami masalah pendengaran yang sama mendapatkan rawatan implan koklea yang menelan belanja ratusan ribu ringgit. Sumbangan dan usaha murni anda sebagai rakyat Malaysia yang prihatin akan membuka peluang dan ruang kepada anak-anak ini untuk menjalani kehidupan sama seperti anak-anak yang normal. Mereka akan dapat mendengar, dapat bertutur, dapat belajar secara normal.

Adik Nailah menghadapi masalah pendengaran yang kronik sehingga tidak dapat mendengar pada kedua-dua belah telinganya. Selepas diadakan pemeriksaan oleh doktor pakar, doktor pakar menyarankan untuk membuat pembedahan implan koklea bagi mengembalikan semula pendengaran adik Nailah. Alhamdulillah pada 31/4/2021 lalu pembedahan implan koklea adik Nailah telah berjaya dilakukan.


Semoga dengan sumbangan Tuan/Puan walau sedikit dapat membantu anak-anak lain seperti adik Nailah mendengar dan bertutur. Membuka peluang untuk adik Nailah dan kanak-kanak yang senasib dengannya untuk mendengar kalam-kalam Ilahi dan menyampaikan pada orang lain.
Dari Abu Hurairah R.A beliau berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda :
مَنْ يَسَّرَ عَلَى مُعْسِرٍ يَسَّرَ اللَّهُ عَلَيْهِ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ
Maksudnya : Sesiapa yang mempermudahkan ke atas orang yang susah maka Allah akan mempermudahkan urusan dirinya di dunia dan juga di akhirat.
Riwayat Ibn Majah (2417)
=================================================================================
Untuk transaksi bantuan secara manual / transfer / CDM boleh bank in ke akaun di bawah.
Bank : CIMB Bank
Nama : Yayasan Maghfirah
No akaun : 8603221427
Sila letakkan reference “Koklea”
*Jika anda dari luar negara boleh pilih transaksi Paypal di bawah untuk melakukan sumbangan
Alamat:
7-1, Jalan Putra 2, Taman Kajang Putra, 43000 Kajang, Selangor
Email: