Beramal & Laksanakan Kebajikan bersama:
TABUNG PRIHATIN ONE TEAM COWAY
1-1 = ?
Mengikut perkiraan asas matematik, apabila satu tolak satu, maka hasilnya adalah kosong. Bagaimanapun, tidak bagi amalan sedekah kerana perkiraan (1-1) itu akan jadi 10
sehingga 700
Allah berfirman yang bermaksud: “Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi Meliputi ilmu pengetahuan-Nya.
(Surah al-Baqarah, ayat 261)
.
.
.
Bersedekah dan berinfak tidak akan sesekali menyebabkan harta seseorang itu semakin berkurangan, namun ia dapat memperkayakan hati, membersihkan harta, memanjangkan usia serta melancarkan rezeki yang dikurniakan Allah.
Sebab itu, bagi menyelesaikan pelbagai masalah dalam kehidupan kita hari ini, sedekah adalah jalan penyelesaiannya. Kita perlu berusaha untuk bersedekah walaupun dalam keadaan susah maupun senang dan meyakini amalan itu menyebabkan diri kita akan memperoleh banyak kelebihan.
JOM BERAMAL PADA HARI JUMAAT YANG MULIA INI!!
Selain aktiviti promosi & perniagaan produk Coway. One Team Coway ingin menerapkan nilai kebajikan & kemasyarakatan melalui Tabung Prihatin One Team Coway.
Tabung Prihatin One Team Coway ini merupakan inisiatif bersama Yayasan Maghfirah sebuah pertubuhan kebajikan yang giat menyantuni golongan yang memerlukan.
Antara golongan yang akan menerima manfaat hasil sumbangan tabung ini adalah:
✔️Golongan Asnaf ✔️Keluarga Ibu Tunggal ✔️Individu OKU ✔️Individu terjejas pendapatan ✔️Anggota Coway menghadapi dugaan atau kesempitan hidup
Pakej sumbangan adalah seperti berikut:
▶️ PAKEJ SYURGA FIRDAUS : RM 1000
▶️ PAKEJ SYURGA ADNIN : RM 500
▶️ PAKEJ SYURGA NAIM : RM 100
▶️ PAKEJ SYURGA MA'WA: : RM 50
▶️ PAKEJ SYURGA DARUSSALAM : RM 10
Dalam Hadis Nabi SAW, Rasulullah SAW bersabda
Segeralah kamu bersedekah, kerana bala bencana itu dapat ditahan dengan sedekah.
(Hadis direkod oleh al-Baihaqi)
Percayalah bantuan tuan puan semua bukan sekadar memberi manfaat kepada mereka, bahkan turut memberi peluang dan semangat kepada mereka untuk membina kehidupan yang baharu
Semoga Infaq ini diberkati dengan kemurahan rezeki
& limpahan pahala yang berganda. Amin YRA
"Tidak Berkurang Harta Orang Yang Bersedekah" (H.R Muslim)