INFAK AL-QURAN UNTUK PARA ASNAF YANG MEMERLUKAN

JOM SERTAI KEMPEN INFAK AL-QURAN INI
Yayasan Maghfirah membuka peluang kepada semua dermawan untuk menginfak Al-Quran yang akan dimanfaatkan oleh golongan asnaf, pelajar sekolah, muallaf, warga emas, dan pelajar kelas mengaji.
.jpg)
Melalui kempen ini, kami mensasarkan lebih ramai yang berpeluang untuk membaca dan mempelajari Al-Quran dengan lebih lancar sehingga mereka mampu untuk khatam senaskah Al-Quran. Selain itu, dengan adanya naskah ini, mudah-mudahan mereka dapat mempraktikkan segala ajaran Al-Quran dalam kehidupan seharian.
.jpg)
KENAPA PERLU BERINFAK?
Rasulullah SAW bersabda:
Sesungguhnya antara amal kebaikan yang mendatangkan pahala setelah orang yang melakukannya meninggal dunia ialah
✅ Ilmu yang dia ajarkan dan sebarkan
✅ Anak soleh yang dia tinggalkan
✅ Mushaf Al-Quran yang dia wariskan
✅ Masjid yang dibina
✅ Rumah bagi ibnu sabil (musafir yang terputus perjalan)
✅ Bina sungai yang dia alirkan
✅ Sedekah yang dia keluarkan dari harta ketika dia sihat dan hidup
Bayangkanlah betapa banyak PAHALA dan GANJARAN yang bakal tuan puan peroleh disebabkan menginfak dan menaja Al-Quran buat anak-anak asnaf mengikuti kelas Al-Quran yang dianjurkan.
Insha Allah, dengan adanya agihan Quran Infak dari tuan puan mampu memberikan senyuman kepada mereka. Apatah lagi setiap hari pahala terus mengalir selagi mana mereka mengulang-ulang ayat Al-Quran ini. Pastinya ganjaran lebih besar dan berlipat kali ganda.


SERENDAH RM30 SUDAH MAMPU HADIAHKAN SENYUMAN BERMAKNA BUAT MEREKA RAMADAN INI
SIAPA YANG DIBANTU?
Ayuh sama-sama kita hulurkan sumbangan mengikut kemampuan dan memberikan sokongan buat mereka. Alangkah indahnya jika kita sama-sama menginfakkan sedikit harta untuk membantu mereka mempelajari Al-Quran.
Penerima manfaat ini terdiri daripada:
✅ Golongan Asnaf
✅ Anak-anak Yatim
✅ Rumah Kebajikan
✅ Pusat Tahfiz & Pusat Pendidikan
✅ Masjid & Surau
✅ Mangsa Bencana


Untuk transaksi bantuan secara manual / transfer / CDM boleh bank in ke akaun di ba wah:

Nama : Yayasan Maghfirah
No akaun : 8603 2214 27
Sila letakkan reference "Quran82"
Disclaimer : Sebahagian dana sumbangan turut akan disalurkan untuk projek pendidikan dan kebajikan
Yayasan Maghfirah
Jika tuan/puan dari luar negara seperti Singapura atau Brunei Tuan/Puan boleh menyumbang dengan memilih kaedah transaksi kad kredit atau debit melalui
Stripe